Monday, February 23, 2009

Bersenam Untuk Kesihatan Jasmani & Minda


Remaja pada masa kini sememangnya sibuk dengan aktiviti wajib mereka seperti menghadiri sesi persekolahan, kelas tambahan dan pelbagai lagi aktiviti yang diwajibkan ke atas mereka untuk melaksanakannya. Namun demikian kesihatan tubuh badan dan mental seharusnya diambil berat dengan sekurang-kurangnya melakukan aktiviti riadah bagi mengeluarkan peluh. Contohnya berjoging, senamrobik, tai-chi, bermain badminton, bola sepak dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk kesihatan tubuh badan yang sihat bagi melahirkan remaja yang sihat dan ceria. Selain itu juga dengan menjalankan aktiviti yang sihat ini dapat mengurangkan stress dan juga dapat mengelakkan diri remaja dari terjebak kepada perkara-perkara yang tidak bermora. Berikan komen anda berkaitan dengan remaja sihat dan ceria. Sekian setakat ini..

Friday, February 20, 2009

SAVE GAZA !


Dulu Bertatih Kini Berlari..

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

Persahabatan ibarat bintang-bintang di langit..


Menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya maka kita pasti malu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahkan sebuah erti persahabatan. Maka tidak mustahil daripada kawan menjadi lawan. Hargailah ikatan persahatan yang terbina. Moga ianya kekal abadi..