Friday, April 24, 2009

Minggu Memecah Otak..

Assalamualaikum..
Minggu ini, adalah minggu untuk kami memperjuangkan segala ilmu yang telah kami pelajari pada semester ini. Jadi kami memohon kemaafan kepada sekalian yang melayari blog ini kerana kami tidak menceritakan segala pengalaman kami.. Kami mengharapkan kepada warga yang melayari blog ini agar mendoakan kejayaan kami dalam perjuangan ini.. Amin.. :-))

Thursday, March 26, 2009

PrOGraM CiKGu BaLiK KaMPunG III di RanTAu PanjanG KelaNtaN

Kali ini kami membawa anda semua menziarahi penduduk kampung di Rantau Panjang Kelantan sempena program baktisiswa Cikgu Balik Kampung III.

Vice Chancellor Prof. Dato' Dr. Aminah bt. Ayob pun turun padang.. waktu ni kami melawat Universiti Malaysia Kelantan sebagai tempat berkumpul puncak program baktisiswa di Kelantan yang dihadiri juga oleh Datuk Mustafa Muhammad. Program ini dijalankan serentak oleh beberapa universiti di seluruh Malaysia, kami sebagai wakil mahasiswa/wi untuk ke program tersebut.
Majlis penutup diadakan di Universiti Malaysia Kelantan. Antara aktiviti yang kami jalankan selama hampir seminggu di Rantau Panjang adalah seperti berikut:

Program motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM di sekolah berhampiran.


Gotong-royong membersih kawasan kampung dan dewan orang ramai.







Sukan rakyat bersama penduduk kampung, YB (baju kuning) pun turun sama-sama memeriahkan majlis.


Keluarga angkat...
Gotong-royong masak bubur asyura bersama penduduk kampung sebanyak 11 kawah sekaligus..

Tuesday, March 24, 2009

Program Kempen Kesedaran Anti Dadah

Kami bersama-sama membuat persiapan seawal 8 pagi. Kami memastikan lokasi yang disediakan untuk kami ini menarik, walaupun ruang kecil tetapi ianya padat dan lengkap dengan maklumat-maklumat berkaitan dengan pencegahan dan penyalahgunaan dadah. Bukan sekadar poster-poster dan pamplet-pamplet sahaja yang kami sediakan, tetapi terdapat juga poster-poster yang penuh dengan info yang kami sediakan berhampiran tempat pameran kami. Kami sangat seronok dengan program ini walaupun tidak banyak aktiviti yang dijalankan dengan alasan-alasan yang tertentu tetapi apa yang penting ianya perlu dinilai sebelum lagi program ini dijalankan.

Program ini sangat menarik. Ianya very Good. Penat lali kami semua berbaloi dengan sambutan yang ditunjukkan oleh orang ramai. Banyak faedah yang diperloleh daripada aktiviti-aktiviti seperti. Oleh itu, marilah para remaja semua agar membuat seberapa banyak kerja kebajikan kerana ianya mendatangkan kebaikan pada masa akan datang.

Monday, March 23, 2009

hari keluarga KASIH 2008..

Hari keluarga KASIH merupakan satu hari bagi menghimpunkan kesemua mahasiswa yang bernaung di bawah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Upsi. Pelbagai aktiviti telah di sediakan bagi menjayakan hari keluarga ini. Sukaneka adalah acara wajib yang di adakan oleh persatuan ini yang mana akan melibatkan kesemua pelajar BNK dari setiap semester. Ini bermatlamatkan untuk pembinaan hubungan yang baik antara pelajar senior dan pelajar junio
















video
Marilah sama-sama kita menyaksikan 'aksi berani mati' yang di lakukan oleh kami(BNK Trainers).hehe..

sebenarnya, acara sebegini memberi remaja pelabagai faedah. selain dapat mengeluarkan peluh, remaja juga dapat beramah mesra dan membina hubungan yang baik sesama rakan.

Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat..perbincangan sebelum aksi seterusnya penting untuk terus menang.






Bergambar kenangan sebelum memulakan aksi di padang. kepada semua remaja, komitmen dalam setiap aktiviti yang di anjurkan di sekolah amat penting bagi menjana pengalaman berguna di masa akan datang.











Sunday, March 22, 2009

SePaKat MemBaWa BerKat..

Mahasiswa membuat perbicangan berkumpulan bekaitan dengan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.







Didalam perbicangan berkumpulan yang dilakukan oleh mahasiswa ini adalah berdasarkan kepada idea-idea yang telah diberikan oleh ahli-ahli kumpulan. Kemudian, menyenaraikan idea-idea yang sesuai untuk dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan.




Di dalam perbincangan berkumpulan oleh mahasiswa ini, perlulah diselitkan dengan unsur humor, supaya perbincangan tersebut tidak nampak membosankan dan tiada keceriaan.






Setelah, menyenaraikan idea yang disampaikan oleh ahli kumpulan tadi, ahli kumpulan akan membuat perbincangan semula berdasarkan idea tersebut kemudian membuat keputusan bersama dengan ahli dalam memilih idea yang sesuai untuk dimasukkan di dalam tugasan.





Dengan ini jelaslah bahawa, dalam pembelajaran juga perlulah mewujudkan satu suasana yang ceria. Ini kerana dengan keceriaan yang diwujudkan akan menghasilkan idea yang bernas dan sesuai dengan kehendak sesuatu pembelajaran. Oleh itu, marilah kita melakukan sesuatu perbincangan di dalam kumpulan yang mantap dan harmoni supaya hasil perbincangan tersebut beroleh kesepakatan dan keberkatan.

Wednesday, March 18, 2009

BerInteraksi BerSama DenGan WarGa EMas..


Mahasiswa dan mahasiswi telah melakukan satu program untuk berinteraksi dengan warga emas yang berada dirumah orang tua-tua.





Setiap interaksi yang dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi dengan warga emas ini dimulakan dengan perkenalan yang lebih mendalam tentang warga emas ini. Tidak wujud paksaan semasa interaksi ini dilakukan.






Kemudian mahasiswa dan mahasiswi ini menyulami perasaan yang dialami oleh warga emas ini. Pada mulanya warga emas ni tidak begitu yakin menceritakan apa yang kami tanyakan, tetapi lama kelamaan mereka mahu menceritakan apa yang mereka mahu ceritakan kepada mahasiswa dan mahasiswi ini.




Melalui penceritaan yang diceritakan oleh warga emas ini banyak pengalaman dan perkongsian yang diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi ini.






Oleh itu, dalam meniti kehidupan yang ceria dalam seharian, kita juga perlu mengenang jasa warga emas yang telah banyak berjasa kepada negara kita sendiri. Kita juga dapat mengambil segala pengalaman yang mereka tempuhi sebagai pengajaran untuk kita lalui di masa akan datang serta kita dapat sedikit nasihat daripada warga emas ini. Dengan ini, marilah sama-sama kita menceriakan segala perjalanan hidup kita dengan berinteraksi dengan warga emas..