Sunday, March 22, 2009

SePaKat MemBaWa BerKat..

Mahasiswa membuat perbicangan berkumpulan bekaitan dengan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.







Didalam perbicangan berkumpulan yang dilakukan oleh mahasiswa ini adalah berdasarkan kepada idea-idea yang telah diberikan oleh ahli-ahli kumpulan. Kemudian, menyenaraikan idea-idea yang sesuai untuk dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan.




Di dalam perbincangan berkumpulan oleh mahasiswa ini, perlulah diselitkan dengan unsur humor, supaya perbincangan tersebut tidak nampak membosankan dan tiada keceriaan.






Setelah, menyenaraikan idea yang disampaikan oleh ahli kumpulan tadi, ahli kumpulan akan membuat perbincangan semula berdasarkan idea tersebut kemudian membuat keputusan bersama dengan ahli dalam memilih idea yang sesuai untuk dimasukkan di dalam tugasan.





Dengan ini jelaslah bahawa, dalam pembelajaran juga perlulah mewujudkan satu suasana yang ceria. Ini kerana dengan keceriaan yang diwujudkan akan menghasilkan idea yang bernas dan sesuai dengan kehendak sesuatu pembelajaran. Oleh itu, marilah kita melakukan sesuatu perbincangan di dalam kumpulan yang mantap dan harmoni supaya hasil perbincangan tersebut beroleh kesepakatan dan keberkatan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. saya pun berpendapat dengan abang-abang dan kakak-kakak dalam blog. Saya merasakan dalam situasi perbincangan yang kita jalankan perlulah tepat dan padat.

    ReplyDelete