Thursday, March 26, 2009

PrOGraM CiKGu BaLiK KaMPunG III di RanTAu PanjanG KelaNtaN

Kali ini kami membawa anda semua menziarahi penduduk kampung di Rantau Panjang Kelantan sempena program baktisiswa Cikgu Balik Kampung III.

Vice Chancellor Prof. Dato' Dr. Aminah bt. Ayob pun turun padang.. waktu ni kami melawat Universiti Malaysia Kelantan sebagai tempat berkumpul puncak program baktisiswa di Kelantan yang dihadiri juga oleh Datuk Mustafa Muhammad. Program ini dijalankan serentak oleh beberapa universiti di seluruh Malaysia, kami sebagai wakil mahasiswa/wi untuk ke program tersebut.
Majlis penutup diadakan di Universiti Malaysia Kelantan. Antara aktiviti yang kami jalankan selama hampir seminggu di Rantau Panjang adalah seperti berikut:

Program motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM di sekolah berhampiran.


Gotong-royong membersih kawasan kampung dan dewan orang ramai.







Sukan rakyat bersama penduduk kampung, YB (baju kuning) pun turun sama-sama memeriahkan majlis.


Keluarga angkat...
Gotong-royong masak bubur asyura bersama penduduk kampung sebanyak 11 kawah sekaligus..

4 comments:

  1. hmmm..bestnyee dok kelantan...meriohnyeee...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. sungguh meriah sekali apa yang dilakukan oleh saudara tersebut. macam nak join jer..

    ReplyDelete
  3. salam..
    aktiviti sebegini memang aktiviti yang sihat dan menarik untuk dilakukan. Disamping ianya dapat mengeratkan silaturahim dan berkenal-kenalan dengan ramai rakan yang baru. Kalaulah remaja masa kini lebih suka melakukan aktiviti yang sihat dan relaks seperti ini, sudah tentu gejala yang tidak sihat dapat dikurangkan..jadi, saya hendak menyeru rakan-rakan remaja sekalian jom kita sama-sama melakukankan aktiviti yang memberi manfaat untuk kita semua..peace..

    ReplyDelete
  4. memang seronok kawan-kawan.. rugi kalau anda semua tidak ambil peluang dengan aktiviti seumpama itu

    ReplyDelete