Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh laksanakan untuk mengisi masa lapang dengan cara yang lebih berfaedah, selain berekreasi kita boleh buat banyak lagi aktiviti. Hari ini kami membawa anda menziarahi penduduk Kampung Orang Asli Gesau.. Jom tengok apa aktiviti yang kami lakukan di sana..
Baru sampai, Tok Batin melayan tetamu..
Selama tiga hari dua malam program ziarah tersebut, kami banyak lakukan aktiviti memasak dan makan bersama penduduk kampung.. seronok bukan..
Sepanjang berada di sana aktiviti mencuci peralatan masak semuanya dilakukan disungai sebab kampung tersebut masih tidak dapat bekalan air bersih. Banyak sungai yang ada tapi kami pilih yang terdekat, maklumlah penat nak angkat barang-barang tu..
Melayan penduduk kampung makan yang berpusat di halaman rumah Tok Batin
Penerimaan Tok Batin dan penduduk kampung memang best, Tok Batin siap posing tu....
Ambil peluang belajar menganyam daun kelapa
sekali sekala bila leh tgk cara hidup dan budaya kaum lain best gak ye..mcm orang asli ni..bila ada program sebegini secara tak langsung kita dapat lihat serba sedikit cara hidup mereka yang kebanyakannya masih kekalkan cara tradisi..
ReplyDeletebetul kata cengkih tu.. budaya orang asli ini susah untuk kita dekati.. ini disebabkan kehidupan mereka di sekitar perdalaman.. saya berharap saya akan cuba untuk dekati budaya orang asli ini kelak.
ReplyDelete