Remaja pada masa kini sememangnya sibuk dengan aktiviti wajib mereka seperti menghadiri sesi persekolahan, kelas tambahan dan pelbagai lagi aktiviti yang diwajibkan ke atas mereka untuk melaksanakannya. Namun demikian kesihatan tubuh badan dan mental seharusnya diambil berat dengan sekurang-kurangnya melakukan aktiviti riadah bagi mengeluarkan peluh. Contohnya berjoging, senamrobik, tai-chi, bermain badminton, bola sepak dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk kesihatan tubuh badan yang sihat bagi melahirkan remaja yang sihat dan ceria. Selain itu juga dengan menjalankan aktiviti yang sihat ini dapat mengurangkan stress dan juga dapat mengelakkan diri remaja dari terjebak kepada perkara-perkara yang tidak bermora. Berikan komen anda berkaitan dengan remaja sihat dan ceria. Sekian setakat ini..
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment