Friday, April 24, 2009
Minggu Memecah Otak..
Minggu ini, adalah minggu untuk kami memperjuangkan segala ilmu yang telah kami pelajari pada semester ini. Jadi kami memohon kemaafan kepada sekalian yang melayari blog ini kerana kami tidak menceritakan segala pengalaman kami.. Kami mengharapkan kepada warga yang melayari blog ini agar mendoakan kejayaan kami dalam perjuangan ini.. Amin.. :-))
Thursday, March 26, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Program Kempen Kesedaran Anti Dadah
Monday, March 23, 2009
hari keluarga KASIH 2008..
Marilah sama-sama kita menyaksikan 'aksi berani mati' yang di lakukan oleh kami(BNK Trainers).hehe..
sebenarnya, acara sebegini memberi remaja pelabagai faedah. selain dapat mengeluarkan peluh, remaja juga dapat beramah mesra dan membina hubungan yang baik sesama rakan.
Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat..perbincangan sebelum aksi seterusnya penting untuk terus menang.
Bergambar kenangan sebelum memulakan aksi di padang. kepada semua remaja, komitmen dalam setiap aktiviti yang di anjurkan di sekolah amat penting bagi menjana pengalaman berguna di masa akan datang.
Sunday, March 22, 2009
SePaKat MemBaWa BerKat..




Dengan ini jelaslah bahawa, dalam pembelajaran juga perlulah mewujudkan satu suasana yang ceria. Ini kerana dengan keceriaan yang diwujudkan akan menghasilkan idea yang bernas dan sesuai dengan kehendak sesuatu pembelajaran. Oleh itu, marilah kita melakukan sesuatu perbincangan di dalam kumpulan yang mantap dan harmoni supaya hasil perbincangan tersebut beroleh kesepakatan dan keberkatan.
Wednesday, March 18, 2009
BerInteraksi BerSama DenGan WarGa EMas..
Mahasiswa dan mahasiswi telah melakukan satu program untuk berinteraksi dengan warga emas yang berada dirumah orang tua-tua.
Oleh itu, dalam meniti kehidupan yang ceria dalam seharian, kita juga perlu mengenang jasa warga emas yang telah banyak berjasa kepada negara kita sendiri. Kita juga dapat mengambil segala pengalaman yang mereka tempuhi sebagai pengajaran untuk kita lalui di masa akan datang serta kita dapat sedikit nasihat daripada warga emas ini. Dengan ini, marilah sama-sama kita menceriakan segala perjalanan hidup kita dengan berinteraksi dengan warga emas..
Monday, March 16, 2009
ZiaRaH PenDuDuk OraNg AsLi GeSau
Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh laksanakan untuk mengisi masa lapang dengan cara yang lebih berfaedah, selain berekreasi kita boleh buat banyak lagi aktiviti. Hari ini kami membawa anda menziarahi penduduk Kampung Orang Asli Gesau.. Jom tengok apa aktiviti yang kami lakukan di sana..
Baru sampai, Tok Batin melayan tetamu..
Selama tiga hari dua malam program ziarah tersebut, kami banyak lakukan aktiviti memasak dan makan bersama penduduk kampung.. seronok bukan..
Sepanjang berada di sana aktiviti mencuci peralatan masak semuanya dilakukan disungai sebab kampung tersebut masih tidak dapat bekalan air bersih. Banyak sungai yang ada tapi kami pilih yang terdekat, maklumlah penat nak angkat barang-barang tu..
Melayan penduduk kampung makan yang berpusat di halaman rumah Tok Batin
Penerimaan Tok Batin dan penduduk kampung memang best, Tok Batin siap posing tu....
Ambil peluang belajar menganyam daun kelapa
Sunday, March 15, 2009
PERLAWANAN BADMINTON ANTARA RAKAN-RAKAN SEKELAS
Barisan-barisan pemain-pemain badminton yang menunjukkan semangat juang yang tinggi.. banyak kejutan yang dilakukan oleh pemain-pemain yang kurang hebat..
Sepanjang perlawanan badminton berlangsung di gimnasium UPSI..
Perlawanan sengit antara beregu Wak dengan beregu Azirul.
Adam yang terpaksa mengalah kerana kekuata beregu Wak yang hebat..
Friday, March 13, 2009
MahasiswaUPSI Membawa Remaja Melakukan Kerja Amal DI Pusat Dalam Komuniti (PDK) Batang Kali
Di hadapan pintu masuk (PDK) Batang Kali.
Mahasiswa UPSI sedang bergotong-royong membersihkan di sekitar PDK.
Mahasiswa sedang membuat batas untuk menanam sayur-sayuran.

Monday, February 23, 2009
Bersenam Untuk Kesihatan Jasmani & Minda
Friday, February 20, 2009
Dulu Bertatih Kini Berlari..
Persahabatan ibarat bintang-bintang di langit..
